Powered By Blogger

Wednesday, July 25, 2012



Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda: “Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).

Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut: “Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).
(* dipetik dari kolum Dr Asri: Berpuasa tapi bersugilah)

Monday, July 23, 2012

Menabung amalan mulia



Kenapa Kita perlu menabung?

1. kos sara hidup yang semakin tinggi.
2. Perkerjaan yang terumbang ambing (kejab berenti kejab keje balik)
3. Untuk kegunaan kecemasan di masa depan

Cara untuk Menabung

1. Mula-mula kena beli tabung dulu baru leh menyimpan.. xpun buat sendiri je lagi jimat..
2. Simpan dengan nilai yang kecil dahulu yang mampu dan hargai setiap sen yang kita ada.
3. Setkan target, untuk apa kita menabung.
4. Dapatkan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama untuk bersaing siapa lagi banyak menabung.. Bila ada persaingan baru ada semangat nak menabung..




gambar kat atas ni contoh terbaik la..brader ni membuat tabung dari sumber alam yang jimat lagi murah..
harap-harap die simpan duit gigih cam buat tabung tu gak la..hehe



akhirnya setelah berhempas pulas siap pun tabung brader..die buat dua la sebab nak bersaing ngan member die..kat sini dah bleh tengok dah die follow cara-cara menabung yang betul..persaingan..hehe



haa..tu dia..duit dah ada..tabung dah ada..tunggu nak masukkan je..
simpan..simpan..yeay2..



kak mah pun bagi nasihat yang sama jugak..tu yang bleh beg tangan, gelang bagai tu..hehe


Saturday, July 21, 2012



Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA&TAUBAT lah Ubatnya,

Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya, 

Selamat berpuasa diucapkan kepada rakan taulan dan sahabat handai..
Semoga dilimpahi dengan keberkatan Ramadhan al-mubarak..

Thursday, July 19, 2012

Sejarah Dunia Kesurveyor-an





Entri pemulaan ni kita berkenalan dulu dengan sejarah ukur ni. Kalau ikutkan bidang surveying ni bukan bidang cap ayam punya walaupun pada pandangan masyarakat ukur tanah ni keja bangle je..haha..

Xpe-xpe biar aku jelaskan. Aku ni kategori surveyor cikang je xdela ada pengalaman melimpah ruah sangat dalam bidang ni. Tapi kurang2 aku kena la tahu jugak sejarah survey ni..

Menurut fakta-fakta sejarah teknik ukur dah wujud lama dah time zaman firaun lagi.. diceritakan lagi dah memang wujud ladang-ladang, estet-estet pada zaman tu yang memang ada sempadan masing2..

Direkodkan apabila berlaku satu musim banjir, abih la suma ladang-ladang firaun yang berada di tebing sungai Nil 2.. jadi lepas dah surut tu, ‘rope Stretcher’ atau sekarang dikenali sebagai Surveyor diarah untuk mengukur kembali sempadan2 tanah ditebing sungai Nil.. Pengukuran yang disebut sebagai ‘simple geometry’ itu sebenarnya complicated jugak. Ketepatan ukur pada ketika tu memang power jugak la sebab dikatakan ‘nearly perfect squareness and north-south orientation’ oleh saintis dan pengkaji sejarah.. kalau x xdela ada pyramid Giza tu kan.. Piramid Giza diukur jurukur mesir kuno lebih kurang 2700 B.C dahulu..Mesir telah mempunyai tanah2 berdaftar lebih kurang 3000 B.C.



Seterusnya,penilaian semula pasal ‘Stonehenge’(2500 B.C) di United Kingdom menyatakan batu-batu besar ni dibina dan ditentu kedudukannya oleh jurukur prasejarah mengunakan peg dan tali untuk menentukan geometri batu tersebut..kalau kita tengok dalam filem2 omputih 2 tempat ni Nampak cam misteri giler sebab kejab2 alien datang la..makhluk bunian la..padahal kalau ikut kajian tu tempat pengkebumian orang je…leh kata cam kubur lama la.. ahli arkeologi siasat pun xde mende sangat kat situ setakat serpihan tulang2 manusia je..kubur la katakan..

Pada pandangan atas Stonehenge



Masa zaman Rom, bidang ukur ni dah dikategorikan sebagai professional dah..’Pro’ tu Bro..haha

Town Planner xde lagi time ni..mintak map ye..haha..cukai2 tanah mula dikutip (300 B.C)

Perkembangan seterusnya pada zaman khalifah… pada zaman ni dah tecipta dah alat-alat ukur ni.. kira pak arab ni pelopor jugak la dalam bidang survey ni..’surveyor Pak arab’..ish..ish..ish..dahsyat..hehe

Antara sumbangannya dalam bidang ukur ni:

- Alat leveling yang digunakan untuk tentukan ketinggian satu2 tempat, pastu plumbob line tu dieorang la cipta sebab nak kasi lurus alat dengan station..

- Pastu alat ‘alidate’ lebih kurang cam sekstent jugak tp sekstent guna kat laut..guna untuk measure angle horizon ngan vertikel..diguna untuk buat peta horizon cam ukur meja jugak..Pak arab panggil benda ni pembaris..kat bawah ni ada gambar dia.

- ‘Astrolable’..benda ni digunakan untuk navigation latitude,longitude..Bijak betui Pak arab ni..


Ni la gambar alidate




Ni pulak Sekstent : diguna untuk pelayaran di lautan nan buas..cait..haha




Yang ni Astrolable Parsi punya mari


Pada kurun ke 18, orang Europe dah mula dah buat triangulation network..senang cakap terabas la..zaman ni dah start pakai pole ngan prism. Tahun 1780s great Britain (xbrapa nak great sangat la..kalau dah penjajah tu memang xleh blah la..emosi lak..hehe)..dierong dah pakai theodolite.. dieorang dah buat Geodetic survey dah time ni..

Tahun 1808, Napoleon Bonarpate memulakan ukuran kadester untuk lot-lot banglo..map pada masa tu pulak sudah bleh mencapai skala 1:2500 ngan 1:1250..

Haa..cam tu la sejarahnya ukur tanah ni..xde la cikai..kategori otai-otai la jugak kan..nanti cita pasai len pulak..okay..

xrase kacak ke surveyor zaman silam ni..haha