Powered By Blogger

Thursday, July 19, 2012

Sejarah Dunia Kesurveyor-an





Entri pemulaan ni kita berkenalan dulu dengan sejarah ukur ni. Kalau ikutkan bidang surveying ni bukan bidang cap ayam punya walaupun pada pandangan masyarakat ukur tanah ni keja bangle je..haha..

Xpe-xpe biar aku jelaskan. Aku ni kategori surveyor cikang je xdela ada pengalaman melimpah ruah sangat dalam bidang ni. Tapi kurang2 aku kena la tahu jugak sejarah survey ni..

Menurut fakta-fakta sejarah teknik ukur dah wujud lama dah time zaman firaun lagi.. diceritakan lagi dah memang wujud ladang-ladang, estet-estet pada zaman tu yang memang ada sempadan masing2..

Direkodkan apabila berlaku satu musim banjir, abih la suma ladang-ladang firaun yang berada di tebing sungai Nil 2.. jadi lepas dah surut tu, ‘rope Stretcher’ atau sekarang dikenali sebagai Surveyor diarah untuk mengukur kembali sempadan2 tanah ditebing sungai Nil.. Pengukuran yang disebut sebagai ‘simple geometry’ itu sebenarnya complicated jugak. Ketepatan ukur pada ketika tu memang power jugak la sebab dikatakan ‘nearly perfect squareness and north-south orientation’ oleh saintis dan pengkaji sejarah.. kalau x xdela ada pyramid Giza tu kan.. Piramid Giza diukur jurukur mesir kuno lebih kurang 2700 B.C dahulu..Mesir telah mempunyai tanah2 berdaftar lebih kurang 3000 B.C.



Seterusnya,penilaian semula pasal ‘Stonehenge’(2500 B.C) di United Kingdom menyatakan batu-batu besar ni dibina dan ditentu kedudukannya oleh jurukur prasejarah mengunakan peg dan tali untuk menentukan geometri batu tersebut..kalau kita tengok dalam filem2 omputih 2 tempat ni Nampak cam misteri giler sebab kejab2 alien datang la..makhluk bunian la..padahal kalau ikut kajian tu tempat pengkebumian orang je…leh kata cam kubur lama la.. ahli arkeologi siasat pun xde mende sangat kat situ setakat serpihan tulang2 manusia je..kubur la katakan..

Pada pandangan atas Stonehenge



Masa zaman Rom, bidang ukur ni dah dikategorikan sebagai professional dah..’Pro’ tu Bro..haha

Town Planner xde lagi time ni..mintak map ye..haha..cukai2 tanah mula dikutip (300 B.C)

Perkembangan seterusnya pada zaman khalifah… pada zaman ni dah tecipta dah alat-alat ukur ni.. kira pak arab ni pelopor jugak la dalam bidang survey ni..’surveyor Pak arab’..ish..ish..ish..dahsyat..hehe

Antara sumbangannya dalam bidang ukur ni:

- Alat leveling yang digunakan untuk tentukan ketinggian satu2 tempat, pastu plumbob line tu dieorang la cipta sebab nak kasi lurus alat dengan station..

- Pastu alat ‘alidate’ lebih kurang cam sekstent jugak tp sekstent guna kat laut..guna untuk measure angle horizon ngan vertikel..diguna untuk buat peta horizon cam ukur meja jugak..Pak arab panggil benda ni pembaris..kat bawah ni ada gambar dia.

- ‘Astrolable’..benda ni digunakan untuk navigation latitude,longitude..Bijak betui Pak arab ni..


Ni la gambar alidate




Ni pulak Sekstent : diguna untuk pelayaran di lautan nan buas..cait..haha




Yang ni Astrolable Parsi punya mari


Pada kurun ke 18, orang Europe dah mula dah buat triangulation network..senang cakap terabas la..zaman ni dah start pakai pole ngan prism. Tahun 1780s great Britain (xbrapa nak great sangat la..kalau dah penjajah tu memang xleh blah la..emosi lak..hehe)..dierong dah pakai theodolite.. dieorang dah buat Geodetic survey dah time ni..

Tahun 1808, Napoleon Bonarpate memulakan ukuran kadester untuk lot-lot banglo..map pada masa tu pulak sudah bleh mencapai skala 1:2500 ngan 1:1250..

Haa..cam tu la sejarahnya ukur tanah ni..xde la cikai..kategori otai-otai la jugak kan..nanti cita pasai len pulak..okay..

xrase kacak ke surveyor zaman silam ni..haha







No comments:

Post a Comment