Dan seperti biasa..kawasan yang hendak diukur dikategorikan kawasan cerun, lurah dan berbukit bukau..Payah betul nak ukur tambah-tambah pulak sekarang ni bulan puasa..tapi xdela puasa dijadikan alasan kerja tak siap..setel jugak kerja setelah beberapa hari..
Beberapa pancang kayu dijadikan penanda sempadan
salah satu tanda sempadan kena pulak betul-betul kat dalam paya. tak bleh tanda dengan besi tanda dengan kayu jela.
Salah satu batu sempadan granit lama telah ditemui setelah digali sedalam setengah kaki.
Alang-alang meredah sungai ni buleh la basuh pole tu skali..
Di kawasan puncak bukit terdapat seketul batu sempadan lama betul-betul kat sebelah pagar..
kalau tengok dari puncak bukit cam senang je nak ukur sebab nampak terang dan clear. sebenarnya ni lot sebelah, yang semak hutan tebal tu la yang kena ukur..
time ni dah nak balik dah..dari jauh nampak la si ezuan tu tengah turun bukit..letih sangat gamaknye tu..puase la katakan..
sampai je bawah batu besar tu kami relax jab..panas terik pulak hari ni..
ni pandangan dari bahagian bawah..nampak cerun tinggi la jugak..ni kalau ukur satu team 4 5 orang okey la tapi kalau aku dengan ezuan je buat tak payah tanya la bila nak siap..tunggu je la bila nak siap..
ini pulak batu sempadan kat area sungai Sub. keje makan masa tiga ari jugak la area hutan janda ni bersebelahan kebun getah tapi semak macam xde orang nak menoreh pun. dalam masa 2 minggu ni setel 3 site yang agak mencabar tekak yang dahaga..Tunggu minggu depan pulak baru nak ukur kat area sungai tekali. kena pulak isnin ni hari nuzul al-Quran cuti lama la skit..
No comments:
Post a Comment