Powered By Blogger

Wednesday, November 14, 2012

kuatkan tekat anda...

 aku sedang berfikir..untuk...



bekerja keras..supaya....



menjadi seperti ini...namun...



 ini amat menganggu fikiranku..akhirnya...



 ini yang berlaku..
ish..ish..ish..malang sungguh..




Saturday, November 10, 2012

ini belog saya: Hari- hari mau ujan...

ini belog saya: Hari- hari mau ujan...: Sejak kebelakangan ni..bleh dikatakan hari-hari kat area ampang ngn kajang ni ujan..salunya di sebelah petang.. aku yang ari-ari guna...

Hari- hari mau ujan...


Sejak kebelakangan ni..bleh dikatakan hari-hari kat area ampang ngn kajang ni ujan..salunya di sebelah petang..
aku yang ari-ari guna motor ni mmg dh selalu duk kat bawah jambatan..

Ramai  orang kata baju ujan digunakan untuk melindungi diri dari kena hujan..setelah experimen yg aku buat selama sebulan..betul la statement tu..sebab kebanyakan hari yang aku bawak baju ujan biasanya tak akan ujan..tp bile xbawak sehari je baju hujan trus trun ujan lebat hari tu..hehe

memang terkena la aku..basah kuyup..

tapi disebalik ujan tu msti ada sebab musabab, sebagai ujian supaya kita bersyukur bila senang bersabar bile basah kuyup..haha..ye tak..??






jangan jadi sampai macam ni..haha..
hati2 ketika hujan..

bagi sebeyer cam saya ni mmg rahmat la..buleh skip keja skit time ujan..
hehe..






Wednesday, August 29, 2012

Satu hari dihari raya

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin


Sedar tak sedar dah 10 syawal dah. kemeriahannya masih terasa membahang bahang sementara menunggu bila le budak2 opis nak buat open house..taha, hadi, wan ninja..bila korang nak buat open house ni..

sambil-sambil tu aku upload beberapa gambar suku sakat kerabat Tok Teh dikala suasana raya masih suam-suam lagi..Gambar2 yang diupload ni ditujukan terus kepada ahli-ahli gerup Tok Teh..

Ni gambar sebahagian daripada sanak-sedara yang ada masa kat umah pak andak..
      




Generasi ketiga kluarga tok ni..yang baju MU kat belakang tu menumpang kasih je..kira famili la sebab dah jadi abg ipar adik aku..dulu masa kecik salu kena sekeh ngan aku je..haha..

dari depan Lidiya anak pak andak..ingat nak ngorat dulu tp mak dia garang..maleh la nak ngorat..hehe

Kat belakang..Taiko Jim (taiko sangat la)..pastu farah..dia duk kat belakang sebab nak bagi nampak kurus skit..pastu apit member taiko jim..kalau kita perasan kat gambar ni..yang debab-debab makin kat belakang..ni dinamakan ilusi optik..nampak slim dari jauh..

                                                                                                                                        
Kiri sekali sazuan..sekarang keja askar kot..pastu syamin (adik ipar)..pastu apit ngan hazim..


Gambar raya famili pak cik Het

Tuesday, August 14, 2012

Salam AidilFitri

 Salam AidilFitri buat rakan-rakan di opis Laman langat, rakan facebook, famili2 yang ada kat Grup Tok Teh, rakan2 persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, rakan2 yang keja offshore dan xbleh balik raya..haha..kesian..semoga perginya ramadan dirindui dan datangnya syawal disambut dengan meriah.

kepada anak2 rantau SKLM sama ada dilembah kelang ataupun di mana sahaja jemputlah ke rumah raya ni..insyallah adela aku kat umah tu..

tahun ni cam biasa la buat ketupat palas dengan serondeng ayam..dan mungkin beserta kueh2 tunjuk yang baru dibeli last2 minit..mak kata maleh dah nk buat2 kueh ni prabih modal je..jadi beli lagi senang..hehe..pendek kata malas la tu..



yeay..yeay balik kampung..hehe
buat rakan2 yang melawat blog tukang ukur ni aku upload satu lagu raya untuk korang..
dinyanyikan oleh metallica ke "mental ali ka"..??




Friday, August 10, 2012

Ramadan Terakhir

         Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam] 
        Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" 
        Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi....   
        Andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti Namun teman... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....


Saturday, August 4, 2012

Budak Sunyi



Ari ni ari sabtu, kat opis aku kira hari berkerja lagi ni..tapi kosong je dua orang akak arkitek cuti ari ni sorang balik kampung dengan keta baru sorang lagi jaga anak kat umah..
ezuan si jurukur tu balik PJ pulak..

Opis kelihatan kosong ari ni..tinggai aku, hadi dan taha je ni..
Hadi tengah bz download movie..taha tengah main internet kat bilik die..
kire aku ni forever alone la..haha
cibai tul..





takpe2 petang ni p tengok movie la..



Friday, August 3, 2012

Ukur Sempadan Sungai Semungkis

Minggu nie aku menghabiskan banyak masa di site untuk menyelesaikan kerja-kerja ukur sempadan yang masih terbengkalai. Menanda sempadan di kawasan Sungai Semungkis dan Sungai sub Hulu Langat.

Dan seperti biasa..kawasan yang hendak diukur dikategorikan kawasan cerun, lurah dan berbukit bukau..Payah betul nak ukur tambah-tambah pulak sekarang ni bulan puasa..tapi xdela puasa dijadikan alasan kerja tak siap..setel jugak kerja setelah beberapa hari..





Beberapa pancang kayu dijadikan penanda sempadan






salah satu tanda sempadan kena pulak betul-betul kat dalam paya. tak bleh tanda dengan besi tanda dengan kayu jela. 







Salah satu batu sempadan granit lama telah ditemui setelah digali sedalam setengah kaki.




 Alang-alang meredah sungai ni buleh la basuh pole tu skali..




Di kawasan puncak bukit terdapat seketul batu sempadan lama betul-betul kat sebelah pagar..





kalau tengok dari puncak bukit cam senang je nak ukur sebab nampak terang dan clear. sebenarnya ni lot sebelah, yang semak hutan tebal tu la yang kena ukur..

time ni dah nak balik dah..dari jauh nampak la si ezuan tu tengah turun bukit..letih sangat gamaknye tu..puase la katakan..




sampai je bawah batu besar tu kami relax jab..panas terik pulak hari ni..

ni pandangan dari bahagian bawah..nampak cerun tinggi la jugak..ni kalau ukur satu team 4 5 orang okey la tapi kalau aku dengan ezuan je buat tak payah tanya la bila nak siap..tunggu je la bila nak siap..







ini pulak batu sempadan kat area sungai Sub. keje makan masa tiga ari jugak la area hutan janda ni bersebelahan kebun getah tapi semak macam xde orang nak menoreh pun. dalam masa 2 minggu ni setel 3 site yang agak mencabar tekak yang dahaga..Tunggu minggu depan pulak baru nak ukur kat area sungai tekali. kena pulak isnin ni hari nuzul al-Quran cuti lama la skit..

Wednesday, July 25, 2012



Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda: “Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).

Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut: “Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).
(* dipetik dari kolum Dr Asri: Berpuasa tapi bersugilah)

Monday, July 23, 2012

Menabung amalan mulia



Kenapa Kita perlu menabung?

1. kos sara hidup yang semakin tinggi.
2. Perkerjaan yang terumbang ambing (kejab berenti kejab keje balik)
3. Untuk kegunaan kecemasan di masa depan

Cara untuk Menabung

1. Mula-mula kena beli tabung dulu baru leh menyimpan.. xpun buat sendiri je lagi jimat..
2. Simpan dengan nilai yang kecil dahulu yang mampu dan hargai setiap sen yang kita ada.
3. Setkan target, untuk apa kita menabung.
4. Dapatkan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama untuk bersaing siapa lagi banyak menabung.. Bila ada persaingan baru ada semangat nak menabung..




gambar kat atas ni contoh terbaik la..brader ni membuat tabung dari sumber alam yang jimat lagi murah..
harap-harap die simpan duit gigih cam buat tabung tu gak la..hehe



akhirnya setelah berhempas pulas siap pun tabung brader..die buat dua la sebab nak bersaing ngan member die..kat sini dah bleh tengok dah die follow cara-cara menabung yang betul..persaingan..hehe



haa..tu dia..duit dah ada..tabung dah ada..tunggu nak masukkan je..
simpan..simpan..yeay2..



kak mah pun bagi nasihat yang sama jugak..tu yang bleh beg tangan, gelang bagai tu..hehe


Saturday, July 21, 2012



Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA&TAUBAT lah Ubatnya,

Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya, 

Selamat berpuasa diucapkan kepada rakan taulan dan sahabat handai..
Semoga dilimpahi dengan keberkatan Ramadhan al-mubarak..

Thursday, July 19, 2012

Sejarah Dunia Kesurveyor-an





Entri pemulaan ni kita berkenalan dulu dengan sejarah ukur ni. Kalau ikutkan bidang surveying ni bukan bidang cap ayam punya walaupun pada pandangan masyarakat ukur tanah ni keja bangle je..haha..

Xpe-xpe biar aku jelaskan. Aku ni kategori surveyor cikang je xdela ada pengalaman melimpah ruah sangat dalam bidang ni. Tapi kurang2 aku kena la tahu jugak sejarah survey ni..

Menurut fakta-fakta sejarah teknik ukur dah wujud lama dah time zaman firaun lagi.. diceritakan lagi dah memang wujud ladang-ladang, estet-estet pada zaman tu yang memang ada sempadan masing2..

Direkodkan apabila berlaku satu musim banjir, abih la suma ladang-ladang firaun yang berada di tebing sungai Nil 2.. jadi lepas dah surut tu, ‘rope Stretcher’ atau sekarang dikenali sebagai Surveyor diarah untuk mengukur kembali sempadan2 tanah ditebing sungai Nil.. Pengukuran yang disebut sebagai ‘simple geometry’ itu sebenarnya complicated jugak. Ketepatan ukur pada ketika tu memang power jugak la sebab dikatakan ‘nearly perfect squareness and north-south orientation’ oleh saintis dan pengkaji sejarah.. kalau x xdela ada pyramid Giza tu kan.. Piramid Giza diukur jurukur mesir kuno lebih kurang 2700 B.C dahulu..Mesir telah mempunyai tanah2 berdaftar lebih kurang 3000 B.C.



Seterusnya,penilaian semula pasal ‘Stonehenge’(2500 B.C) di United Kingdom menyatakan batu-batu besar ni dibina dan ditentu kedudukannya oleh jurukur prasejarah mengunakan peg dan tali untuk menentukan geometri batu tersebut..kalau kita tengok dalam filem2 omputih 2 tempat ni Nampak cam misteri giler sebab kejab2 alien datang la..makhluk bunian la..padahal kalau ikut kajian tu tempat pengkebumian orang je…leh kata cam kubur lama la.. ahli arkeologi siasat pun xde mende sangat kat situ setakat serpihan tulang2 manusia je..kubur la katakan..

Pada pandangan atas Stonehenge



Masa zaman Rom, bidang ukur ni dah dikategorikan sebagai professional dah..’Pro’ tu Bro..haha

Town Planner xde lagi time ni..mintak map ye..haha..cukai2 tanah mula dikutip (300 B.C)

Perkembangan seterusnya pada zaman khalifah… pada zaman ni dah tecipta dah alat-alat ukur ni.. kira pak arab ni pelopor jugak la dalam bidang survey ni..’surveyor Pak arab’..ish..ish..ish..dahsyat..hehe

Antara sumbangannya dalam bidang ukur ni:

- Alat leveling yang digunakan untuk tentukan ketinggian satu2 tempat, pastu plumbob line tu dieorang la cipta sebab nak kasi lurus alat dengan station..

- Pastu alat ‘alidate’ lebih kurang cam sekstent jugak tp sekstent guna kat laut..guna untuk measure angle horizon ngan vertikel..diguna untuk buat peta horizon cam ukur meja jugak..Pak arab panggil benda ni pembaris..kat bawah ni ada gambar dia.

- ‘Astrolable’..benda ni digunakan untuk navigation latitude,longitude..Bijak betui Pak arab ni..


Ni la gambar alidate




Ni pulak Sekstent : diguna untuk pelayaran di lautan nan buas..cait..haha




Yang ni Astrolable Parsi punya mari


Pada kurun ke 18, orang Europe dah mula dah buat triangulation network..senang cakap terabas la..zaman ni dah start pakai pole ngan prism. Tahun 1780s great Britain (xbrapa nak great sangat la..kalau dah penjajah tu memang xleh blah la..emosi lak..hehe)..dierong dah pakai theodolite.. dieorang dah buat Geodetic survey dah time ni..

Tahun 1808, Napoleon Bonarpate memulakan ukuran kadester untuk lot-lot banglo..map pada masa tu pulak sudah bleh mencapai skala 1:2500 ngan 1:1250..

Haa..cam tu la sejarahnya ukur tanah ni..xde la cikai..kategori otai-otai la jugak kan..nanti cita pasai len pulak..okay..

xrase kacak ke surveyor zaman silam ni..haha